CherryStory


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

Bila Teman Ingin Dijadikan Kekasih..
             Assalamualaikum kawan-kawan.. =) ari nih aku nak post satu artikel kat sini.. boleh tak?? lol! dah sah-sah boleh, belog ni kau punya kan ida?? hahaha.. saje je gegurau dgn teman-teman disini.. peace! hehe korang bace je la.. tak nak bace pon takpe, tak pakse.. tapi artikel ni agak menarik la bagi aku...

       


Menyentuh satu isu kecil yg kadang selalu di dengar tapi menjadi perkara yang besar bila terkena pada diri sendiri.. Mengenali seseorang yang rapat pada kita dan selalu sahaja besama-sama tak kira apa status kehidupan kita dan kadang terasa satu getaran yang kuat di dalam dada menyentuhi perasaan dan hati..Apabila timbul satu rasa yang sukar digambarkan dgn tulisan mahu pun dgn kata-kata..

Dan bila kawan yang selama ini kamu kenali sudah bertahun-tahun lamanya, tiba-tiba m'buatkan hati anda berdebar-debar dan jatuh cinta.. Terasa berbunga-bunga perasaan dari hari ke hari..

Kamu menganggapnya seorang sahabat sejati, sanggup b'kongsi suka dan duka serta menjadi teman yang paling setia m'dengar masalah kamu..Dimana ada dia pasti ada kamu..

Apa yang berlaku kini ialah situasi yg dilalui kamu berdua tiba-tiba menjadi suatu kejutan besar bak dentuman gunung berapi yg memuntahkan laharnya.Kawan yg selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini, telah menjadi satu simbol cinta..

Persoalannya, adakah hubungan kamu akan b'jln dgn lancar sekiranya  bercinta dgn sahabat sendiri? Adakah dia juga merasakan hal yg sama seperti kamu? Dan adakah kamu harus menyatakan perasaan itu terhadapnya? Menjadi tanda tanya dan semaki hari semaki merunsingkan perasaan...

Begitulah yg berlaku sekiranya hati seorang sahabat seperti kamu mengalami perubahan cinta yang drastik setelah sekian lama berkawan biasa dengannya.. Merasakan satu kelainan bila bersama-sama.. Terasa ada bahang yang merasuk di jiwa.. Panas dan membara..

Apabila kamu dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya, sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim.. Dan amat ditakut nanti 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.. Siapa jua akan rugi..
Kata orang,bercinta dgn sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam sesebuah perhubungan.. Sekirannya kamu khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan saling benci-m'benci, kamu harus pertimbangkan aspek pro & kontranya.. Di mana akan ada suratan yang m'berikan lebih nikmat bahagia?

Cinta itu tidak buta yang butanya mata yang memandang.. Yang butanya hati yang menilai.. Bukan salah bila cinta itu tidak mengenal erti siapa.. Cuma kehadirannya tidak di duga dan di pinta...
   

0 comment[s] | back to top